top of page

Cikgu Hasreen, Guru besar SKBBBK

“Banyak komputer yang telah dapat dibaiki, dan dapat memberi impak yang besar kepada murid-murid di sekolah ini."

Cikgu Syazwan, Guru ICT SAMSES

"Saya sangat gembira dan mengalukan apabila ditawarkan program baik pulih komputer ini di sini."

Faizzuddin, Peserta CoMasPro'23

“Dari program ini, banyak komputer-komputer yang dibaik pulih, dan dapat lebih memudahkan lagi sesi pembelajaran pelajar.”
white-aesthetic-laptop-p0ork4lzk5dgiwyh_edited.jpg

Impak CoMaSPro'23

kepada peserta dalam kalangan mahasiswa/wi

SEBELUM 

1) Mahasiswa/wi mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di dalam bilik kuliah dan makmal penyelenggaraan komputer hanya di dalam makmal menerusi Ujian Pemasangan Komputer (CLO3) dan seterusnya menghasilkan laporan berkaitan perkembangan terkini teknologi komputer (CLO4) berpandukan tinjauan artikel atau lawatan ke syarikat/organisasi yang sesuai seperti DELL, Western Digital dan lain-lain. 

2) Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi hanya untuk tujuan pentaksiran dan penilaian yang berfokus kepada markah dan gred. 

​

SELEPAS

1) Mahasiswa/wi mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di dalam bilik kuliah dan makmal penyelenggaraan komputer (CLO3) kepada masalah dan penyelesaian dalam persekitaran sebenar.

2) Mahasiswa/wi membina dan menambahbaik pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di kampus melalui pengalaman lapangan sebenar di sekolah melalui SULAM.

3) Berkongsi idea dan bertanggungjawab dalam penyelesaian masalah.

4) Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi disebarluas untuk faedah komuniti. 

​

kepada komuniti

SEBELUM

1) Kos penyelenggaraan perkakasan dan perisian komputer yang tinggi.

2) Pada keadaan tertentu, pihak sekolah perlu menunggu lama untuk mendapatkan khidmat baikpulih selepas permohonan ke peringkat negeri dilakukan.

3) Sebagai universiti yang melahirkan guru, terdapat kekurangan informasi berkaitan program, kursus, dan kemahiran yang ditawarkan oleh pihak universiti kepada pihak luar khususnya kepada pemegang taruh utama iaitu sekolah.  

​

SELEPAS

1) Membantu meminimakan kos penyelenggaraan baik pulih perkakasan dan perisian komputer dan mengurangkan masa menuggu untuk mendapatkan khidmat baik pulih secara percuma di peringkat negeri.

2) Membuka peluang menjalinkan kerjasama yang setersunya dengan pihak universiti khususnya untuk menambah nilai program LADAP.

3) Mempromosi kemahiran graduan UPSI kepada pihak luar secara tidak langsung.

4) Mempromosi program dan kursus yang ditawarkan oleh UPSI kepada pemegang taruh secara tidak langsung.

5) Platform tersedia untuk perpindahan ilmu (knowledge transfer) dari mahasiswa/wi kepada guru dan murid. 

bottom of page