top of page
white-aesthetic-laptop-p0ork4lzk5dgiwyh_edited.jpg

Teori Kolb (1984) yang mendasari CoMaSPro'23 adalah suatu teori yang membolehkan mahasiswa/wi belajar melalui pengalaman sebenar. Perlaksanaan idea asli CoMaSPro'23 dilakar atas rangka teori Kolb yang mengandungi empat (4) fasa.

Fasa 1: Concrete Experience

Pendekatan Kuliah dan Aktiviti Makmal      

Mahasiswa/wi didedahkan kepada kandungan teoritikal dan praktikal semasa kuliah secara bersemuka yang merangkumi 1 jam SLT bagi topik Komponen Sistem Komputer, 1 jam SLT bagi topik Sistem Operasi, dan 6 jam SLT bagi topik Input/output. Aktiviti praktikal di makmal yang dipermudah-cara oleh pensyarah atau juruteknik secara bersemuka pula merangkumi sebanyak 2 jam SLT bagi topik Komponen Sistem Komputer dan 2 jam SLT bagi topik Sistem Operasi. Selain dari aktiviti secara bersemuka, mahasiswa/wi juga dibenarkan mengakses pelbagai sumber di makmal penyelenggaraan komputer yang merangkumi 2 jam SLT bagi topik Komponen Sistem Komputer, 2 jam SLT bagi topik Sistem Operasi, dan 5 jam SLT bagi topik Input/Output. 

Fasa 2: Reflective Observation

Pentaksiran Kuliah dan Aktiviti Makmal (CLO3)

Bagi memastikan setiap mahasiswa/wi mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi, Ujian Penyelenggaraan Komputer secara individu telah dilaksanakan. Ujian ini memerlukan mahasiswa/wi menginstalasi, menkonfigurasi, dan menyelenggara komputer dengan betul. Pensyarah akan mentaksir mahasiswa/wi seorang demi seorang berpandukan rubrik yang telah diguna pakai lebih dari lima tahun bertujuan untuk memelihara kualiti pemarkahan.  

 

Fasa 3: Abstract Conceptualisation

Pendekatan Aktiviti di Lapangan (SULAM)Pengurusan dan perlaksanaan projek telah bermula seawal semester satu pada Disember 2022. Berdasarkan pengetahuan yang telah diperolehi melalui pengalaman di dalam makmal dan dipantau melalui pentaksiran, arahan tugasan diberi oleh pensyarah. Pelajar dikehendaki untuk memetakan konsep abstrak dari pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi kepada persekitaran dunia sebenar. Justeru, terdapat lima (5) fasa yang dilaksanakan sebaik sahaja arahan tugasan diberikan oleh pensyarah. Arahan tugasan yang dimaksudkan boleh diakses

​

Fasa 1: Analisis (Mengenalpasti rasional perlaksanaan  CoMaSPro'23)

Beberapa sesi lawatan dan perbincangan telah diadakan di antara jawatankuasa projek yang dilantik secara sementara dengan pihak komuniti (pertemuan dengan wakil empat buah sekolah secara berasingan) bertujuan untuk menggarap isu berkaitan perkakasan komputer dan perkakasan ICT yang lain sebagai alat bantu mengajar di sekolah berkaitan. Isu dan masalah yang ditemui telah disenaraikan dan menjadi rasional kepada projek SULAM yang bakal dilaksanakan.

Fasa 2: Rekabentuk

Mereka bentuk pendekatan penyelesaian kepada masalah yang disenaraikan yang bersesuaian dengan kriteria projek SULAM. Menyediakan kertas kerja untuk belanjawan, pengangkutan, makanan, dan item-item lain. Merancang tentatif program dan pakaian khusus untuk peserta. Idea menghasil dan memakai pakaian khusus projek merupakan salah satu strategi mempromosi nama projek pada masyarakat luar. 

Fasa 3: Pembangunan

Menyediakan peralatan, perkakasan, perisian, dan keperluan lain yang telah dirancang dalam fasa reka bentuk sebelum perlaksanaan projek di lapangan sekolah. 

Fasa 4: Active Experimentation/ Fasa 1: Concrete Experience

Fasa 4: Implementasi

Perlaksanaan penyelenggaraan komputer dan perkakasan ICT lain di makmal komputer dan bilik guru di empat buah sekolah secara berkumpulan. 

​

Fasa 2: Reflective Observation

​

Pentaksiran Aktiviti SULAM (CLO4)

​

Fasa 5: Penilaian 

Pentaksiran dilaksanakan untuk mengukur CLO4. Setiap kumpulan peserta perlu menyediakan sebuah laporan berkaitan analisis terhadap perkembangan terkini teknologi komputer.  Dengan menjadikan teknologi komputer di sekolah sebagai penanda aras, setiap laporan perlu mencadangkan penambahbaikan terhadap teknologi sedia ada berdasarkan kemampuan teknologi terkini, kos yang rendah dan kesesuaian penggunaannya di sekolah. Pada masa yang sama, peserta yang dilantik sebagai jawatankuasa projek juga perlu mendokumentasi impak projek terhadap mahasiswa/wi yang menjadi peserta dan juga komuniti melalui temubual dan rakaman video. Dokumentasi ini merupakan satu lagi strategi mempromosi projek kepada pihak-pihak berkepentingan samada di dalam atau di luar kampus. Sehingga kini CoMaSPro'23 telah dipromosi melalui siaran akhbar kampus dan billboard utama universiti. Pautan kepada siaran akhbar boleh diperolehi

Teori dan Pendekatan

bottom of page